Author: admin

SALE :Tiara Duta Condominium, Taman Dagang, Ampang Selangor

No Comments
SALE :Tiara Duta Condominium, Taman Dagang, Ampang Selangor
SALE :Tiara Duta Condominium, Taman Dagang, Ampang Selangor

 

WTS – Want to Sell

Tiara Duta Condominium, Taman Dagang, Ampang Selangor

Asking price: 385k (slightly nego)
Market value: 400k

Details:
– Leasehold bumi lot
– Block C
– Built up: 962 sqft
– Level: 3rd floor (lift)
– Bedrooms: 3
– Bathrooms: 2
– 1 covered parking bays
– Condominium Facilities

Amenities:
– Sekolah Agama kg pandan Dalam, Sekolah kebangsaan taman Nirwana.
– Ampang Point shopping complex, Hero Hypermarket, Galaxy Ampang Mall, Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Tasik Ampang Hilir
– KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Masjid Al-Mustaqim
– Domino Pizza, Pizza Hut, Nasi Lemak Royal Kedah, Arabic food restaurant, Rollo Mexican Food, Dagang Avenue Food court

JUAL/BELI/SEWA HARTANAH ANDA

Contact:

AZMI

017.2020.334

http://0172020334.wasap.my

WEB : https://property.online2ushop.com/

REF : E(3)1641/REN19820/ZAH495026

 

TREND HARTANAH MALAYSIA

No Comments
TREND HARTANAH MALAYSIA
TREND HARTANAH MALAYSIA

Trend 1: Rumah untuk didiami sementara

Perkhidmatan Airbnb dan kemudahan untuk pelajar semakin mendapat permintaan berikutan penyusutan ringgit dan kekurangan jumlah asrama yang bersesuaian.

Jika dilihat kepada Airbnb, saiz yang ideal adalah sekurang-kurangnya 500 kaki persegi dengan pelbagai kemudahan seperti memasak, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan sebagainya.

Untuk membolehkan konsep begini membuahkan hasil, hartanah anda mestilah terletak berhampiran pusat tarikan pelancong seperti Bukit Bintang, Georgetown dan JB Sentral.

Seorang rakan saya menjana RM10,000 sebulan hanya dengan menyewakan unit kediaman loft, Seri Bukit Ceylon, yang terletak hanya lapan minit berjalan kaki dari stesen MRT Bukit Bintang.

Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua jawatankuasa pengurusan di kondominium membenarkan sewaan dalam tempoh singkat seperti itu.

Trend 2: Ruang kerja yang fleksibel

Golongan Generasi-Y di Malaysia amat tinggi daya keusahawanan. Ia hasil usaha keras kerajaan menubuhkan agensi seperti Cradle Fund dan MAGIC, sehingga membolehkan budaya syarikat permulaan di negara ini rancak dan segar.

Antara syarikat permulaan terkenal dari negara ini adalah seperti Kaodim dan iFlix.

Dengan adanya trend begini, ruang kerja fleksibel menjadi semakin popular.

Kebiasaannya dirujuk sebagai ‘hot-desking’, trend sedemikian adalah amat sesuai kepada syarikat yang baru saja bermula, sensitif dengan aliran tunai dan memerlukan akses komputer dengan kemudahan mencetak serta mengimbas.

Jika anda mempunyai lebihan ruang pejabat, mengapa tidak menukarnya menjadi aktiviti ‘hot-desking’ dan membantu rakan usahawan lain?

Anda boleh menyewakannya secara bulanan atau dikira mengikut kepala.

Terdapat banyak bekalan di dalam pasaran, khususnya di Kuala Lumpur sehingga menjadikan ia sebuah pasaran untuk pembeli.

Trend 3: Rumah dijual balik

Jika anda amat memerlukan sebuah rumah, unit rumah dijual balik adalah pilihan kerana ia berharga lebih rendah, iaitu kira-kira 30 peratus lebih murah berbanding rumah baru dilancarkan.

Ia memandangkan bekalan besar yang ada di dalam pasaran sekarang ini menyumbang kepada lambakannya, sehingga menyebabkan harga hartanah tidak meningkat mendadak.

Ini menjadikan situasi sekarang ini sebagai pasaran untuk pembeli.

Namun, anda perlu menyediakan sejumlah wang tunai tambahan di dalam tangan kerana perlu membayar deposit, yuran peguam dan kos lain.

Menariknya, penjual biasanya bersedia untuk berunding bersama anda.

Justeru, jika anda menghadapi kesukaran menyediakan deposit 10 peratus, anda boleh berunding terma pembayaran bersama penjual.

CREDIT : coachhartanah.com

SEMAK NILAI PASARAN HARTANAH DAHULU SEBELUM MEMBELI

No Comments
SEMAK NILAI PASARAN HARTANAH DAHULU SEBELUM MEMBELI
SEMAK NILAI PASARAN HARTANAH DAHULU SEBELUM MEMBELI

PENTING KE SEMAK NILAI PASARAN?

Jangan terus beli rumah jika nampak rumah itu murah. Tetapi anda perlu semak nilai pasaran rumah itu sendiri. Nilai hartanah juga boleh menaik jika terdapat booster seperti MRT , LRT , KTM , dan pusat beli belah.

Rumah RM100,000 mungkin nampak murah tapi jika nilai pasarannya ialah RM60,000, ia sebenarnya mahal iaitu RM40,000 melebihi nilai pasaran.

Rumah RM500,000 mungkin nampak mahal tapi jika nilai pasarannya ialah RM800,000, ia sebenarnya murah iaitu RM300,000 bawah nilai pasaran.

Andaikan pembiayaan perumahan diluluskan pada margin 90%, semak nilai pasaran ia dikira berdasarkan nilai pasaran atau harga jual, mana-mana yang lebih rendah.

APA ITU NILAI PASARAN?

Nilai yang dicadangkan oleh jurunilai bertauliah berdasarkan beberapa aspek tertentu termasuk rekod transaksi jualbeli di sesuatu kawasan.

Sebelum anda beli rumah sama ada pasaran sekunder (‘subsale’) atau lelong, menganggar nilai pasaran adalah sangat penting kerana bank hanya memberi peratusan pembiayaan mengikut nilai pasaran atau harga beli / bida, mana-mana yang terendah.

Jika anda membeli / membida melebihi nilai pasaran, anda terpaksa membayar deposit tunai lebih daripada 10%.
Sebelum membeli unit dalam pembinaan (‘underconstruction’) juga, anda seharusnya mengambil tahu nilai pasaran hartanah di kawasan berhampiran supaya dapat anggar nilai unit anda apabila siap kelak.

Ingin tahu bagaimana nilai hartanah ditentukan boleh tengok artikel disini

BAGAIMANA SEMAK NILAI PASARAN?

1. NILAIAN RASMI

• Lantik Jurunilai Bertauliah
Jika anda banyak duit, anda boleh sahaja lantik jurunilai bertauliah untuk dapatkan laporan nilai pasaran secara rasmi.
Namun perlu diingat, untuk dapatkan nilai secara tepat, jurunilai perlu melakukan penilaian dari dalam dan luar rumah.

 2. ANGGARAN NILAIAN SECARA LISAN

• Jurunilai Bertauliah
Jika anda mempunyai rangkaian persahabatan dengan jurunilai bertauliah, anda sangat bertuah!
Minta bantuan mereka untuk dapatkan anggaran nilaian secara lisan. Biasanya ia dinilai berdasarkan transaksi terkini di kawasan berhampiran. Ia bukanlah nilaian rasmi kerana tiada lawatan tapak dilakukan.
Namun ia boleh dijadikan panduan untuk anda membuat keputusan sama ada masuk membida / membeli.

• Pegawai Bank Pembiayaan Hartanah
“Walk-In” ke bank-bank berhampiran anda. Sekiranya anda berhasrat memohon pembiayaan dengan Bank A, maka pergilah ke Bank A.

Pergi ke bahagian pembiayaan hartanah san jumpa pegawai bank di sana. Kalau anda tanya di kaunter, memang dia tak dapat bagi jawapanlah melainkan dia tunjuk arah ke lokasi yang betul!

Beri maklumat hartanah kepada pegawai bank tersebut dan dia akan tanyakan panel jurunilai mereka. Sama sahaja dengan langkah di atas, cuma kali ini anda melalui pegawai bank.

• Agen Hartanah
Ya sama juga seperti langkah di atas iaitu berjumpa pegawai bank. Bagi info hartanah dan agen yang baik hati akan bantu anda dengan bertanya kepada rakan jurunilai mereka.

Tetapi janganlah salahgunakan mereka begitu sahaja. Payunglah neskepe atau teh tarik!
Oh ada juga saya nampak di facebook ada agen yang menyediakan khidmat ini secara percuma melalui online. Klik link mereka dan beri info hartanah; selepas 48 jam hari bekerja mereka akan beri anggaran nilai secara online. Maaf saya tidak ingat link mereka.

PENTING: Sebelum berurusan dengan mereka, anda perlu sediakan beberapa dokumen penting/info hartanah:
Alamat penuh rumah ✔
Keluasan✔
Renovasi yang diluluskan ✔
Aksesori tambahan ✔
Harga Jual / Beli yang diletakkan✔

Credit :coachhartanah.com

 

SALE : Lake View Apartment Taman Jasa Perwira, Batu Caves

No Comments

 

Want to SALE – RM260k
Lake View Apartment Taman Jasa Perwira, Batu Caves

Property Detail
===========
Type: Apartment Medium Cost
Status: Leasehold
Bumi lot
Block B Level 11
Built Up : 870 sqft
Bedrooms : 3
Bathrooms : 2
Covered Parking near to lift

FREE
====
+ Aircond in Master bedroom
+ wardrobe

Facilities
=======
* Mini-Mart
* Playground
* Surau (Male & Female)
* 24 hours security
* Swimming Pool

Accessibility
===========
* MRR2 -10min
* LATAR -17min
* Jalan Kuching -13min
* KTM Taman Wahyu – 10km

Amenities
=========
* NSK shopping mall- 14minit
* Giant Selayang – 10 min
* Pasar Borong Selayang -15 min
* Hospital Selayang-15min

FOR SERIOUS BUYER ONLY. Please check eligibility & deposit-ready before view.

Asking Price RM260k

CONTACT

AZMI

017 2020 334

REF: E(3)1641/REN19820/DIA217673