fbpx
 

SEMAK NILAI PASARAN HARTANAH DAHULU SEBELUM MEMBELI

No Comments
Please Share
     
 
    

PENTING KE SEMAK NILAI PASARAN?

Jangan terus beli rumah jika nampak rumah itu murah. Tetapi anda perlu semak nilai pasaran rumah itu sendiri. Nilai hartanah juga boleh menaik jika terdapat booster seperti MRT , LRT , KTM , dan pusat beli belah.

Rumah RM100,000 mungkin nampak murah tapi jika nilai pasarannya ialah RM60,000, ia sebenarnya mahal iaitu RM40,000 melebihi nilai pasaran.

Rumah RM500,000 mungkin nampak mahal tapi jika nilai pasarannya ialah RM800,000, ia sebenarnya murah iaitu RM300,000 bawah nilai pasaran.

Andaikan pembiayaan perumahan diluluskan pada margin 90%, semak nilai pasaran ia dikira berdasarkan nilai pasaran atau harga jual, mana-mana yang lebih rendah.

APA ITU NILAI PASARAN?

Nilai yang dicadangkan oleh jurunilai bertauliah berdasarkan beberapa aspek tertentu termasuk rekod transaksi jualbeli di sesuatu kawasan.

Sebelum anda beli rumah sama ada pasaran sekunder (‘subsale’) atau lelong, menganggar nilai pasaran adalah sangat penting kerana bank hanya memberi peratusan pembiayaan mengikut nilai pasaran atau harga beli / bida, mana-mana yang terendah.

Jika anda membeli / membida melebihi nilai pasaran, anda terpaksa membayar deposit tunai lebih daripada 10%.
Sebelum membeli unit dalam pembinaan (‘underconstruction’) juga, anda seharusnya mengambil tahu nilai pasaran hartanah di kawasan berhampiran supaya dapat anggar nilai unit anda apabila siap kelak.

Ingin tahu bagaimana nilai hartanah ditentukan boleh tengok artikel disini

BAGAIMANA SEMAK NILAI PASARAN?

1. NILAIAN RASMI

• Lantik Jurunilai Bertauliah
Jika anda banyak duit, anda boleh sahaja lantik jurunilai bertauliah untuk dapatkan laporan nilai pasaran secara rasmi.
Namun perlu diingat, untuk dapatkan nilai secara tepat, jurunilai perlu melakukan penilaian dari dalam dan luar rumah.

 2. ANGGARAN NILAIAN SECARA LISAN

• Jurunilai Bertauliah
Jika anda mempunyai rangkaian persahabatan dengan jurunilai bertauliah, anda sangat bertuah!
Minta bantuan mereka untuk dapatkan anggaran nilaian secara lisan. Biasanya ia dinilai berdasarkan transaksi terkini di kawasan berhampiran. Ia bukanlah nilaian rasmi kerana tiada lawatan tapak dilakukan.
Namun ia boleh dijadikan panduan untuk anda membuat keputusan sama ada masuk membida / membeli.

• Pegawai Bank Pembiayaan Hartanah
“Walk-In” ke bank-bank berhampiran anda. Sekiranya anda berhasrat memohon pembiayaan dengan Bank A, maka pergilah ke Bank A.

Pergi ke bahagian pembiayaan hartanah san jumpa pegawai bank di sana. Kalau anda tanya di kaunter, memang dia tak dapat bagi jawapanlah melainkan dia tunjuk arah ke lokasi yang betul!

Beri maklumat hartanah kepada pegawai bank tersebut dan dia akan tanyakan panel jurunilai mereka. Sama sahaja dengan langkah di atas, cuma kali ini anda melalui pegawai bank.

• Agen Hartanah
Ya sama juga seperti langkah di atas iaitu berjumpa pegawai bank. Bagi info hartanah dan agen yang baik hati akan bantu anda dengan bertanya kepada rakan jurunilai mereka.

Tetapi janganlah salahgunakan mereka begitu sahaja. Payunglah neskepe atau teh tarik!
Oh ada juga saya nampak di facebook ada agen yang menyediakan khidmat ini secara percuma melalui online. Klik link mereka dan beri info hartanah; selepas 48 jam hari bekerja mereka akan beri anggaran nilai secara online. Maaf saya tidak ingat link mereka.

PENTING: Sebelum berurusan dengan mereka, anda perlu sediakan beberapa dokumen penting/info hartanah:
Alamat penuh rumah ✔
Keluasan✔
Renovasi yang diluluskan ✔
Aksesori tambahan ✔
Harga Jual / Beli yang diletakkan✔

Credit :coachhartanah.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *