SEKATAN DAN CONSENT RUMAH KOS RENDAH DI SELANGOR

No Comments
Please Share
     
 
    

SEKATAN DAN CONSENT RUMAH KOS RENDAH DI SELANGOR

1. Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah kos rendah, anda perlu mendapatkan kebenaran bertulis (“consent”) daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau pihak berkuasa yang berkenaan.

2. Walau bagaimanapun, syarat consent tersebut mungkin berbeza-beza mengikut negeri.

3. Di Selangor misalnya, jika sesebuah rumah itu pada jualan pertamanya dikategorikan sebagai rumah kos rendah, untuk jualan yang berikutnya, pembeli tetap perlu mendapatkan consent daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) walaupun rumah tersebut telah melebihi tempoh 10 tahun dan walaupun harga jualan baru untuk rumah kos rendah tersebut telah meningkat berkali ganda.

4. Bukan itu sahaja, untuk membeli rumah dalam kategori tersebut juga, pembeli hendaklah mempunyai pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM5000, walaupun rumah kos rendah tersebut adalah rumah sub-sale.

5. Prinsipnya, once it was a low cost, it SHALL always become a low cost forever.

6. Cuma persoalannya, bagaimana untuk kita kenalpasti sama ada rumah tersebut dikategorikan di bawah rumah kos rendah atau sebaliknya?

7. Caranya adalah lihat sahaja harga jual beli pertama rumah tersebut. Kebiasaannya, jika harga jualan pertama adalah kurang daripada RM45,000.00, maka secara otomatiknya ia dianggap sebagai rumah kos rendah. Justeru consent daripada LPHS diperlukan.

Maaf, untuk consent rumah kos rendah di negeri-negeri lain, saya tiada maklumat yang terperinci. Jika sesiapa yang ada maklumat tentang consent rumah kos rendah di negeri-negeri lain, boleh kongsikan di ruangan komen untuk maklumat kita bersama.

Sekian, Terima kasih,

Yang benar,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

source :fb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *