fbpx
 

INFO : Rasa Pening Nak Beli Rumah? Ni 8 Step Yang Simple Untuk Korang Faham…

No Comments
Please Share
     
 
    

Nah! Saya taip seringkas mungkin di sini supaya korang faham step bagi proses membeli rumah.

Ini hanyalah panduan ringkas supaya anda dapat overview cara beli rumah, terutamanya bagi mereka yang masih belum memiliki hartanah atau newbies hartanah.

Jom baca!

8 STEP BELI RUMAH

1. Cari rumah melalui iklan, kenalan, agen hartanah atau sambil jalan-jalan terjumpa flyer/hadir booth pameran dan sebagainya.

2. Tengok rumah sepuas hati.
+ Kalau tak berkenan, cari lain.
+ Kalau berkenan, alhamdulillah..sila baca step 3.

3. Bayar booking – lazimnya 3.18%.
+ Booking adalah bermaksud cagaran tanda jadi beli rumah.

4. Mohon pembiayaan di bank.
+ Jika tak lulus, booking dipulangkan.
+ Jika lulus tapi batal beli, booking hangus.
+ Jika lulus dan tetap nak beli, baca step 5.

5. Sign S&P dan bayar baki deposit.
+ Jika margin pembiayaan 90%, baki deposit ialah 6.82%.

6. Kos-kos sampingan ~ 5% – 10% harga rumah.
+ Kos guaman & dokumentasi pindah milik.
+ Kos guaman & dokumentasi pembiayaan.
+ Kos penilaian hartanah (valuation fee).
+ Kos takaful.

7. Follow-up dengan peguam secara berkala. Rajinkan diri bertanya dengan peguam tu.

8. Yay! Dapat kunci rumah! Boleh pindah masuk!

Faham aliran proses beli rumah yang saya dah ringkaskan di atas ni?

Mudah untuk korang faham, kan?
Mohon share laju-laju, sebarkan ilmu supaya dapat manfaat bersama-sama.

credit : celikhartanah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *