Rumah Lelong: Kebaikan dan Keburukan
Terdapat pelbagai jenis rumah:
1) Rumah Baru: Pembinaan perumahan oleh Pemaju
2) Rumah Subsale: Rumah yang hendak dijual oleh tuan rumah sebagai second hand.
3) Rumah Lelong (Auction) : Rumah yang belum habis dibayar oleh pemilik lama disebabkan pelbagai isu, dan bank yang menguruskan rumah tersebut bertindak untuk melelong dengan harga yang rendah.
KELEBIHAN RUMAH LELONG:
– Harga yang lebih rendah dan di bawah harga pasaran. Sebagai contoh, Rumah Teres 2 tingkat kos sederhana di Shah Alam, jika dinilai harga rumah berkenaan kebanyakannya dalam anggaran RM 400 Ribu ke atas. Jika di dalam kategori rumah lelong, Harga Rezab rumah berkenaan kemungkinan dalam harga RM 320 ke atas.Terdapat berbezaan yang banyak dan lebih menguntungkan jika dijual semula.
– Rumah berdekatan dengan kemudahan sediada. Kebanyakan rumah lelong ni berada di dalam komuniti taman perumahan yang tersedia dengan infrastruktur berbanding rumah baru dari pemaju yang masih dalam proses pembangunan kawasan.
– Rumah lelong lebih senang untuk disewakan berbanding rumah Subsale dan Rumah Baru dari pemaju kerana harganya yang rendah, komitmen bulanan juga boleh dikawal. Untuk mendapatkan lebih keuntungan dari segi aliran wang tunai yang positif, konsep beli kemudian sewakan adalah pilihan yang bijak.
KEBURUKAN RUMAH LELONG:
– Seringkali rumah lelong di anggap rumah yang paling tidak diminati oleh pembeli rumah, terutamanya yang bekeluarga berbanding orang yang betul-betul pakar dalam pelaburan Hartanah.
– Keadaan Fizikal rumah yang perlu dibuat renovation untuk memperbaiki kerosakan pada keadaan rumah yang ditinggalkan oleh pemilik lama.
– Masalah pemilik lama yang enggan keluar dari rumah tersebut, walaupun telah menerima notis pengosongan rumah oleh pihak Bank.
– Terdapatnya Bil, Cukai Tanah, atau Bayaran yang belum dijelaskan oleh pemilik lama, walaubagaimana pun kebanyakan bank akan membantu menyelesaikan madalah ini.
– Nak beli rumah lelong kena melalui proses bidaan di dalam majlis lelongan awam. (Mahkamah atau Pejabat Pelelong Berdaftar).
– Kena ada cash 10% dari harga rumah sebagai Bank Draft untuk masuk proses bidaan lelongan rumah. Bagi yang baru bekerja, mungkin mengalami masalah untuk penyediaan deposit ini berbanding orang yang telah lama bekerja.
Bagaimana proses untuk mendapatkan rumah lelong ni ? KLIK SINI
1) Buat kajian tentang keadaan semasa persekitaran kawasan perumahan. Nilai dari segi kemudahan sistem pengangkutan, berdekatan dengan Sekolah, Klinik, Pasar, Bank dan perbagai lagi kemudahan.
2) Hubungi, wakil Perunding Hartanah Berdaftar (REN) untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang urusan lelongan dan dokumen berkaitan. Sebagai contoh, surat P.O.S yang menunjukkan maklumat lengkap Hartanah berkenaan.
3) Dah dapat maklumat lengkap status tanah dan rumah, kena sediakan Bank Draft 10% dari harga Rezab berkenaan. Proses ini perly dibuat sebelum hari acara lelongan, dan perlu diserahkan kepada urusetia pelelong semasa hari majlis berlangsung.
4) Proses bidaan adalah dalam gandaan yang telah ditetapkan, dan perlu mengangkat auction counter mengikut kemampuan.
5) Jika berjaya, urusan permohonan pinjaman akan diuruskan, dan jika tidak berjaya, bank draft akan dipulangkan 100%.
Semoga bermanfaat.
credit & thank you : buyhartanah.wordpress.com
Untuk Jual dan Beli hartanah, sila hubungi Saya, Azmi 017-2020-334
Leave a Reply